Sharnaaz Ahmad Hubungan dengan isteri dalam proses pemulihan




Khabar angin mengenai dakwaan keretakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada Neelofa itu mula diperkatakan sejak Februari lalu.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 34, menegaskan, dia tidak pernah mengatakan rumah tangga bersama isteri, Noor Nabila Mohd. Nor mengalami masalah.

Sebaliknya, Sharnaaz mengakui hubungannya dengan Nabila kini dalam proses pemulihan.

“Saya tidak pernah mengiyakan yang rumah tangga saya mengalami masalah. Tapi apa yang boleh saya katakan, kami sedang melalui proses pemulihan.

“Namun keutamaan sekarang adalah anak saya iaitu Jebat yang kini sedang melalui proses rawatan di hospital akibat penyakit jangkitan saluran kencing,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Ramadan Dan Sumbangan Duit Raya Oleh Megapine Sdn. Bhd. Bersama Anak Yatim Dan Miskin Sri Kundang di Hotel Zenith di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu Sharnaaz menambah, dia reda dan menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah.

“Allah dah susun semuanya. Mungkin ini (masalah kesihatan Jebat) adalah pengikat hubungan kami.

“Tetapi, kita tidak tahu kesudahannya nanti,” ujar Sharnaaz lagi.

Khabar angin mengenai dakwaan keretakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada Neelofa itu mula diperkatakan sejak Februari lalu.

Bagaimanapun, baik Sharnaaz mahupun Nabila, masing-masing tidak membuka mulut mengenai khabar angin tersebut.

Sharnaaz dan Nabila, 35, berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

Previous Post Next Post