Mawar Abdul Karim pun kunci mulut




Sama seperi Fizo Omar, isterinya Mawar Abdul Karim turut mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai desas-desus rumah tangga mereka yang kini dikatakan bergolak.

Mawar, 30, ketika dihubungi berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

“Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak,” katanya.

Terdahulu, Fizo dalam kenyataan memohon diberi ruang dan masa bagi menjelaskan perkara itu.

Fizo berkata, apabila semuanya sudah okey, barulah dia bersedia memberi kenyataan kepada media.

Difahamkan, Fizo akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini.

Menerusi kenyataan sama, Fizo juga terus mengunci mulut ketika ditanya sama ada dia dan Mawar masih tinggal sebumbung.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian Harian Metro di Instagram Mawar, kali terakhir pasangan itu bergambar bersama pada April lalu.

Bagaimanapun, Mawar masih mengikuti Fizo di Instagram.

Menerusi video di Instagram Stories Fizo pula memaparkan dia sedang menjaga dan memberi susu kepada anak perempuannya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.


Previous Post Next Post