DSV bakal saman netizen komen keterlaluan




Vida bakal mengenakan tindakan undang-undang terhadap netizen yang meninggalkan komen keterlaluan di laman media sosialnya.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memberi amaran akan mengenakan tindakan undang-undang kepada netizen yang meninggalkan komen keterlaluan di laman sosialnya.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi Instagram Storynya semalam berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu yang didakwa meninggalkan komen keterlaluan.

Katanya, dia turut memaparkan beberapa komen ‘terpilih’ yang bakal menerima notis undang-undang tidak lama lagi.


"Last warning! (amaran terakhir).

"Tindakan akan diambil terhadap netizen yang menulis komen keterlaluan. Pihak kami sudah mengenalpasti individu-individu berkenaan dan dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka sebelum notis dihantar," katanya di dalam entri berkenaan.

Terdahulu, Vida dikritik neteizen ekoran tindakannya yang didakwa cuba merendah-rendahkan penyanyi Aishah kerana memasukkan butiran berlian ke dalam botol makanan ringan.


Previous Post Next Post