Kagum Ziana Zain, Ifa Raziah cabar diri jadi kurus




Penyanyi Ifa Raziah mendedahkan terinspirasi dengan kelangsingan Ziana Zain.

Ifa, 44, berkata penampilan Ziana membuatkan penyanyi Menadah Gerimis menjadi idola sehingga terhasil produk pelangsingan sendiri.

“Ramai yang tidak tahu Ifa terlalu meminati diva Ziana dari sejak awal namanya diperkenalkan.

“Kalau anda semua hendak tahu kenapa saya menjadi kurus? Zianalah puncanya yang membuatkan saya mahu kurus dan cantik,” katanya.


Penyanyi Panas berkata sempena ulang tahun kelahiran ke-52, Ifa mendoakan Ziana sihat dan dimurahkan rezeki.

Katanya, semoga Ziana terus menjadi inspirasi kepada peminat dan memeriahkan industri hiburan tanah air.

“Terima Kasih kak Ziana kerana sentiasa memberikan inspirasi dan kata-kata nasihat kepada Ifa selama ini.

“Kak Ziana seorang kakak yang selalu ambil berat. Dia adalah seorang superdiva yang sukar dicari ganti,” katanya.

Previous Post Next Post