Kisah rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suami, Engku Emran terus hangat diperkatakan apabila pasangan itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.
Terbaharu, menerusi laporan Tribunnews, Laudya dilaporkan sedang dalam proses menjual kediaman mereka yang terletak di Jakarta Selatan apabila didakwa sudah muflis.
Difahamkan kediaman mewah itu dijual dengan harga kira-kira RM3.6 juta.
Sementara itu, jiran tetangga di kawasan perumahan terbabit memberitahu mereka ada melihat beberapa orang calon pembeli meninjau kediaman berkenaan.
"Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo... tapi tak jadi, halamannya kecil," kata Titi Hayati menerusi Youtube Indosiar.
Dalam pada itu, seorang lelaki yang diberi tanggungjawab melakukan pengubahsuaian kediaman Laudya enggan mengulas lanjut mengenai berita itu.
"Kalau fasal dia bankrap itu saya kurang tahu," katanya yang hanya mengikut arahan memperbaiki kediaman itu sahaja.