Krisdayanti Bisa patah pinggang!

"Pinggang dan pinggul boleh patah," kata penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti mengenai impian menantunya, Atta Halilintar yang mahukan 15 anak hasil perkahwinan dengan anaknya, Aurel Hermansyah.

Krisdayanti berkata, dia menganggap itu hanya gurauan Atta semata-mata.

"Kalau banyak anak, banyak rezeki, tapi biar dapat bersikap adil dan sama rata dalam memberikan perhatian serta kasih sayang," katanya.

Bagaimanapun, Krisdayanti tidak menolak sekiranya ada rezeki untuk anak dan menantunya memiliki anak yang ramai memandangkan kedua-duanya sudah biasa dengan jumlah anggota keluarga yang ramai.

"Kalau namanya rezeki, pasti sudah diatur Allah. Jadi, mungkin kerana mereka dah biasa dengan keluarga yang besar dan Aurel juga memang tak suka keadaan sunyi. Dia suka kalau ramai-ramai. Biasanya, kalau ke mana-mana pun beramai-ramai. Insya-Allah, dimakbulkan," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai sekiranya dia dikurniakan cucu kembar, Krisdayanti tidak terkejut kerana keturunannya ada yang memiliki anak kembar.

"Kalau bayi kembar itu, dari sebelah saya ada beberapa nenek dan beberapa makcik. Maksudnya, dari keturunan saya, ada kembar.

"Kalau dari sebelah ayahnya (Anang Hermansyah), rasanya tak ada. Kalau dari keluarga Atta, mungkin boleh diperiksa. Tak mustahil (untuk dapat cucu kembar) kerana beberapa sepupu saya juga kembar," katanya.

Atta dan Aurel melangsungkan pernikahan pada 3 April lalu.

Previous Post Next Post