Marion Caunter Berantakan angkara 'Orang ketiga'



SIAPA yang tidak kenal pengacara bertaraf antarabangsa, Marion Caunter yang bersuamikan seorang ahli korporat terkenal iaitu Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasaruddin, sejak empat tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, rumah tangga mereka didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga yang juga merupakan pengacara popular di negara ini.

Menyedari dakwaan itu, Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Caunter Abdullah, 33, menegaskan dia tidak mampu menutup mulut orang untuk berhenti dari bercerita mengenai perihal rumah tangganya.

Enggan mengulas lanjut, Marion menegaskan, dia tetap mempercayai suaminya dan tidak akan membiarkan spekulasi liar itu merosakkan perkahwinan mereka.

“Saya percaya pada suami, dan dia juga begitu. Hubungan suami isteri yang dibina perlulah berlandaskan kesetiaan dan kepercayaan.

"Biar orang nak bercakap apa saja. Saya adalah seorang yang sangat kuat dan tabah. Selagi hubungan kepercayaan itu wujud, ia takkan goyahkan rumah tangga kami,” katanya mengulas lanjut mengenai perkara itu.




Guna jet peribadi

Tinggalkan mengenai isu dan kontroversi itu, Marion turut menjelaskan tentang khabar angin yang mengatakan dia ke lokasi penggambaran dengan menggunakan jet peribadi.

Mengakui perkara itu, menurut Marion, ia bukanlah setiap kali penggambaran, tetapi hanya beberapa kali sahaja dia mendapat layanan sebegitu daripada pihak produksi.

“Ya, itu sekali sekala saja. Bagi saya apa yang penting, saya dapat melakukan kerja dengan baik dengan minat yang mendalam. Perkara lain saya tak nak fikirkan sangat,” katanya yang hanya mahu membiarkan saja cakap-cakap orang mengenai dirinya yang dikatakan sangat bertuah dan mampu hidup dalam kemewahan.

Menurut Marion dia sangat bersyukur dengan apa yang diperoleh dan bahagia dengan kehidupannya kini.

“Saya rasa, setiap orang akan mempunyai perjalanan suka duka hidup. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi hari ini,” katanya.

Anak kena tempias

Dalam pada itu, Marion turut mengakui tidak kisah menerima segala kritikan melalui media sosial. Perkara itu difikirkannya sebelum terlibat dalam dunia selebriti.

Menurutnya, walaupun hanya memuat naik gambar di laman sosial Instagram dan ada saja komen dari peminat berbaur negatif, dia sangat terbuka mengenai perkara itu.

Bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata ini, Leia Rose Counter (3 tahun), dan Lana Rose Counter (3 bulan), kecewa sekiranya anak-anaknya turut menjadi mangsa kritikan.

“Kenapa mereka nak menuduh budak yang tak berdosa? Niat saya hanya mahu berkongsi dengan peminat. Itu saja. Disebabkan kritikan negatif, sekarang, saya kurang muat naik gambar anak saya,” katanya.
Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »