Lebih 50 Artis Bakal Beraksi di FMFA 2014!



Kepada peminat setia konsert Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) anda semua bakal disajikan dengan pelbagai jenis muzik terkini selama tiga hari yang menghimpunkan artis terkenal dari luar dan dalam negara. Edisi 2014 juga menyaksikan nama nama besar artis tempatan seperti Yuna dan Dato Sheila Majid bakal berkongsi pentas dengan rapper terkenal antarabangsa, Pharrell Williams pada persembahan hari kemuncak, 15 Mac untuk festival berkenaan.

Bukan itu sahaja, FMFA 2014 juga akan digegarkan dengan dengan kemunculan Rudimental dan Macklemore & Ryan Lewis yang telah mencipta nama tersendiri dalam revolusi muzik global. FMFA 2014 sebelum ini telah mendapat liputan menyeluruh dari peminat-peminat muzik seluruh Asia Tenggara dan negara lain. Antara artis yang bakal mendapat tumpuan ialah ATB, Eric Prydz, Goldfish & Blink, Porter Robinson, Martin Garrix, Raekwon & Ghostface Killah of Wu-Tang, Raising the Bar, SonaOne & Biggie, Tinie Tempah, Naughty Boy dan Dangerdisko ft.




Hari pertama FMFA 2014 bakal menyaksikan persembaha dari Deadmau5 & Friends, R3hab, Adventure Club, B.A.T.E dan Eva T. Sementara di pentas utama bakal menyaksikan persembahan Will Sparks, Deniz Koyu, Breaking Diamonds, Double E and DJ Shazz. Tidak terhenti disitu, festival untuk hari kedua bakal membariskan pemuzik trance lagenda terhebat Armin Van Buuren diikuti Paul Van Dyk, Markus Schulz, Omnia, Marlo,Andrew Rayel, Trimix dan Ramsey Westwood.

Dijangka lebih 7,500 peminat akan membanjiri konsert tersebut dan bakal mencipta satu lagi fenomena selaras dengan tahun melawat Malaysia 2014. Untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai line up dan persembahan artis boleh ke www.futuremusicfestival.asia atau www.facebook.com/futuremusicasia.

Jom tengok promo FMFA 2014...

Previous Post Next Post