Tiket Konsert Taylor Swift Mula Dijual 1 Mac Ini!



Buat pertama kalinya, penyanyi antarabangsa, Taylor Swift bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti.

Sudah pasti peminat penyanyi yang popular dengan lagu ‘I Know You Were Trouble’ ini tidak sabar menunggu kehadirannya lebih-lebih lagi ini merupakan konsert sulungnya.

Selain Malaysia, empat buah negara lain yang turut tersenarai dalam dalam siri jelajah ini adalah Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.




Wah! Bertuahlah peminat di Malaysia kerana berpeluang untuk menyaksikan kehebatan Taylor Swift beraksi di pentas.

'Taylor Swift Live In Malaysia The Red Tour’ ini akan diadakan pada 11 Jun 2014, jam 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil.

Konsert ini dibawakan khas oleh Cornetto selaku penganjur.

Tiket akan mula dijual pada Sabtu ini, 1 Mac 2014 bermula jam 10.30 pagi bertempat di Rock Record , The Curve, Damansara.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.taylorswift/REDTourAsia.
Previous Post Next Post