Ari Lasso gugup



BEKAS vokalis kumpulan Dewa 19, Ari Lasso, sudah berkecimpung di industri muzik Indonesia lebih puluhan tahun.

Namun akui Ari, dia sukar untuk membuang rasa gugupnya ketika membawakan lagi dengan susunan muzik unik di pentas, Urban Crossover 2014.

"Dengan susunan muzik yang berbeza, bukan sahaja lagu, malah emosinya juga sukar. Perlukan 'feel' dulu barulah boleh membawakan lagu.

"Bila turun dari pentas, barulah rasa lega. Saya takut susunan muzik baharu tidak dapat diterima peminat dan mereka sukar untuk menghayatinya," katanya lagi.


Previous Post Next Post