Cinta baharu Mila Kunis?



PASANGAN selebriti, Mila Kunis dan Ashton Kutcher, dikatakan bakal berkahwin tahun ini.

Namun sehingga kini baik Kunis mahupun Kutcher, masing-masing berdiam diri sehingga mengundang pelbagai teka-teki.

Ketika hadir dalam majlis promosi filem terbaharu, Jupiter Ascending di Las Vegas, Kunis dilihat enggan bercerita lanjut mengenai soal perkahwinan.

Masih memakai cincin pertunangan mereka, Kunis atau nama sebenarnya Milena Marknova Kunis, sempat bergurau mengenai perkahwinan apabila turut melibatkan pelakon, Channing Tatum.




“Saya bakal bertunang dengan Tatum. Kami saling mencintai,” katanya sambil ketawa.

Pun begitu, ia hanyalah satu gurauan kerana Tatum sebenarnya sudah memiliki isteri, Jenna Dewan dan seorang anak.
Previous Post Next Post