Putus Tunang, Shahz Jaszle Bawa Diri Ke Sydney?



Berikutan isu putus tunang pelakon Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri baru-baru ini, pihak ARTISMELETOP telah cuba menghubungi pelakon itu untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut dan beberapa isu kontroversi yang telah timbul.

Bagaimanapun, setelah mencuba beberapa kali usaha kami gagal kerana Shah berada di luar kawasan.

Namun menurut sumber terdekat pelakon berusia 26 tahun itu, Shah dikatakan kini berada di Sydney Australia.

Kata sumber itu lagi, Shahz membawa diri ke Sydney untuk mendapatkan ketenangan sebaik sahaja tali pertunangannya dan Redzwani putus.




Tambah sumber tersebut lagi, dia tidak pasti berapa lama Shahz akan berada di Sydney dan bila tarikh rasmi pertunangan Shahz dan Redwani terputus.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila Shahz Jaszle dikatakan memuat naik foto romantik bersama seorang gadis di Instagram miliknya.

Gadis yang dikenali sebagai Hanis Husna itu juga mengaku sedang bercinta dengan pelakon popular itu.

Dalam pada itu, Redzwani ketika dihubungi ARTISMELETOP baru-baru ini tidak mahu memberikan sebarang komen tentang perkara itu.
Previous Post Next Post