Awal Berdebar jadi bapa



Ia sudah tentu perasaan gembira yang tidak boleh digambarkan, apatah lagi untuk diungkap dengan kata-kata.

Sungguhpun gemuruh dan berdebar untuk memasuki fasa baharu dalam kehidupan berumah tangga, perasaan itu juga lazim bagi Awal Ashaari yang sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama bersama isteri, Scha Alyahya, pada musim umat Islam meraikan Aidilfitri nanti.






Dalam keterujaan menanti saat paling menggembirakan itu, pasangan ini berjaya menahan keinginan untuk mengetahui jantina bayi pertama mereka. Walaupun keinginan itu semakin hari semakin menebal, Awal dan Scha tetap ingin menjadikannya sebagai kejutan buat mereka. Bagaimanapun, keduaduanya akan menerima dengan penuh kesyukuran, bayi lelaki mahupun perempuan, asalkan semuanya berjalan lancar dan selamat.

“InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kami akan menjadi ibu dan bapa pada musim raya nanti. Saya rasa gemuruh bercampur gembira. Kegembiraan itu tidak dapat digambarkan kerana tak lama lagi kami akan memiliki zuriat, hasil kasih sayang kami berdua,” kata pelakon dan pengacara ini yang dipilih peminat Artis Lelaki Stailo ABPBH 2013.
Previous Post Next Post