hlive! Perkenalkan 4 Pengacara Baru Berbakat Besar



Program hlive! bakal dikemudikan oleh empat pengacara baru yang berbakat besar iaitu Dahlia Shazwan (Dahlia Shazwan, 26), Nabil Mahir (Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 26), Shalma Ainaa (Shalma Ainaa Bruhanuthen, 23) dan Alif Farhan (Muhammad Alif Farhan Abd. Jalil, 24).

Naib Pengerusi Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh Khairul berkata, pemilihan Dahlia, Nabil, Shalma dan Alif untuk melunaskan tugas sebagai pengacara program hlive! ini dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karektor mereka yang bersahaja dan menarik menepati konsep dan penonton sasaran program ini.

"Walaupun masih baru, kami percaya kesemua mereka mampu mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gaya keunikkan mereka yang tersendiri sekaligus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen," katanya kepada murai.com.my dalam sidang media hlive! sebentar tadi.

Antara segmen-segmen menarik yang boleh ditonton menerusi hlive! termasuklah segmen Tweet Nakal, 15 Soalan, Di Sebalik…, Fakta Atau Propa, Pilihan H serta banyak lagi.

Menerusi segmen Tweet Nakal, orang ramai boleh mengetahui reaksi spontan selebriti sewaktu membaca tweet-tweet nakal kiriman peminat.






Dalam segmen 15 Soalan pula, sebanyak 15 buah soalan akan diajukan kepada selebriti ketika mereka di dalam situasi berbeza. Contohnya, sewaktu sedang membeli-belah, sewaktu sedang membuat rawatan rambut dan sebegainya. Menerusi segmen Di Sebalik…, selebriti yang akan berkongsi cerita menarik di sebalik pembikinan karya terbaik mereka. Segmen Fakta Atau Propa pula akan menampilkan cerita-cerita ‘hangat’ yang menjadi perhatian dan perbualan pengikut dunia seni hiburan di laman sosial. Para penonton boleh menilai sendiri sama cerita tersebut adalah fakta ataupun propa.

Pilihan H pula merupakan carta infomatif dalam bentuk santai mengenai apa sahaja yang berlaku dalam dunia hiburan. Contohnya seperti senarai 5 fesyen pakaian terbaik Neelofa pilihan hlive!, 5 watak yang perlu dilakonkan oleh Aaron Aziz pilihan hlive! dan banyak lagi.

Melalui platform Dengar pula, para penonton boleh mendapatkan berita, liputan terkini, temu bual eksklusif serta banyak lagi mengenai pengisian hlive! di stesen radio Era fm dan Sinar fm.

Manakala menerusi platform Baca, Astro turut memperkenalkan aplikasi Studio H yang merupakan majalah dalam bentuk digital yang interaktif boleh dimuat turun oleh orang ramai secara percuma di Apple Store dan Play Store untuk pengguna Android. Menerusi Studio H juga, orang ramai boleh mengetahui kisah Up Close & Personal tentang personaliti ataupun selebriti popular di Malaysia.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan galeri gambar, sedutan klip video, liputan berita hiburan serta informasi terkini dan banyak lagi mengenai program hlive! menerusi laman sesawang rasmi di www.hlive.com.my ataupun ikuti akaun rasmi Twitter, Instagram dan Facebook di officialhlive.

Program hlive! akan bersiaran secara langsung sebanyak dua kali sehari pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 1.00 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Manakala program hlive! Apa Kata Malaysia yang diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Mei 2014.
Previous Post Next Post