Kanser Hidung Kembali Menyerang Hugh Jackman



Pelakon yang popular dengan watak Wolverine dalam filem francais X-Men, Hugh Jackman kembali diserang penyakit kanser hidung selepas menjalani rawatan pertama enam bulan lalu.

Jackman berkongsi gambarnya selepas sesi rawatan membuang sel kanser yang dikenali sebagai Basel Cell Carsinoma, semalam.



Malah aktor kelahiran Australia ini juga sempat berpesan kepada peminatnya agar sentiasa memakai krim pelindung matahari untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku terhadap mereka.

Disember lalu, Jackman pernah membuat rawatan yang sama namun sel tersebut masih lagi merebak menyebabkannya terpaksa membuat rawatan susulan.


Previous Post Next Post