Piala Thomas: Jepun juara selepas atasi Malaysia 3-2



Jepun menjuarai Piala Thomas untuk pertama kali selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, sebentar tadi.

Mata kemenangan diraih pemain perseorangan ketiganya, Takuma Ueda yang menewaskan Liew Daren 21-12, 18-21, 21-17.

Terdahulu, Lee Chong Wei meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan pemain perseorangan pertama Jepun, Kenichi Tago 21-12, 21-16.






Jepun menyamakan kedudukan apabila pasangan pertamanya, Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo menewaskan pasangan negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How, 11-21, 21-17, 21-19.

Jepun kemudian mendahului 2-1 apabila pemain perseorangan keduanya, Kento Momota menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng 21-15, 21-17.

Pasangan kedua negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong menyamakan kedudukan 2-2 apabila menewaskan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12.
Previous Post Next Post