Erin Malek Buat Majlis Tunang Elak Fitnah



Pelakon Erin Malek, 20, yang melangsungkan pertunangan dengan ahli perniagaan, Farriz Fauzy, 30, pada Sabtu lalu mendedahkan majlis pertunangannya terpaksa dilakukan demi menghindarkan cerita-cerita yang tidak diingini.

Jelas Erin yang ditemui ketika acara A Pampering Moment With Erin Malek, anjuran Nivea Malaysia baru- baru ini, seboleh-bolehnya dia dan tunangannya tidak mahu buat majlis pertunangan, tetapi apabila memikirkan risiko yang perlu dihadapi, mereka bertukar fikiran.

“Kalau ikutkan, saya dan Farriz tidak mahu buat majlis pertunangan dan mahu terus melangsungkan pernikahan sahaja. Tetapi kami bimbang jika keputusan kami itu akan mengundangkan cerita yang tidak sedap didengar. Nanti ada pula yang pertikaikan kenapa hendak kahwin tiba-tiba?”

“Lepas itu pasti ada pula buat andaian macam-macam. Jadi untuk elakkan gosip-gosip liar ini, kami setuju untuk buat majlis pertunangansecara sederhana. Selain itu, kami juga terus umumkan untuk berkahwin pada 10 Oktober nanti. Mudah-mudahan tidak ada salah faham nanti,” ujar Erin mengakui dia bahagia bertemu Farriz.




Previous Post Next Post