Reese Witherspoon Jual Rumah RM33.6 Juta


Reese Witherspoon

JIKA kebelakangan ini ramai selebriti Hollywood yang membeli rumah baru, Reese Witherspoon pula sebaliknya apabila dia mahu menjual kediamannya yang terletak di Brentwood California.

Menurut laporan Dailymail, bintang filem This Means War meletakkan harga kediaman mewah itu sebanyak RM33.6 juta.

"Kediaman yang berkonsepkan rumah Sepanyol itu dilengkapi pelbagai kemudahan dan privasi seperti kolam renang, taman permainan, kebuns erta taman yang luas.


Antara sudut kediaman Reese di Brentwood.

"Setiap sudut di dalam kediaman itu membuatkan sesiapa sahaja pasti akan tenang dan difahamkan ramai yang berminat untuk membeli kediaman itu," kata sumber.

Sementara itu, Reese pula akan berpindah ke Pacific Palisades selepas kediamannya di Brentwood dijual.




Previous Post Next Post