Peminat aktor popular, Lee Min Ho dan Kim Soo Hyun bergaduh di laman sosial dalam talian hanya kerana isu kecil. Beberapa peminat di China berbalah kerana ketinggian dan saiz wajah aktor kesayangan mereka.
Menurut media di Hong Kong, punca pergaduhan itu bermula selepas Soo Hyun dan Min Ho dipilih sebagai model jenama pakaian popular dari China.
Difahamkan, jenama pakaian itu menggunakan mereka untuk iklan cetak dan diletak berhampiran satu sama lain. Bagaimanapun, ada peminat tidak berpuas hati dengan ketinggian dan saiz wajah aktor kesayangan mereka di papan iklan itu.
Soo Hyun mempunyai ketinggian 180 sentimeter manakala Min Ho 187 sentimeter. Namun, papan iklan menunjukkan mereka sama tinggi, menyebabkan peminat Min Ho mendakwa syarikat pengiklanan membesarkan saiz dan ketinggian Soo Hyun hingga nampak berbeza.
Peminat Soo Hyun pula mendakwa suntingan foto iklan itu membuatkan wajah Min Ho nampak lebih kecil.