Aceh: Hudud Untuk Bukan Islam



BANDA ACEH: Aceh membuat keputusan untuk menggunapakai undang-undang jenayah Islam ke atas orang bukan Islam.

Perkara itu ditetapkan Dewan Perwakilan Rakyat Aceh dan dilaporkan media republik itu, BBC Indonesia.






Menurut laporan itu, undang-undang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang disertai separuh daripada 69 orang wakil rakyat.

Jurucakap Parti Aceh, Muhammad Harun berkata, parti itu mahu rang undang-undang tersebut diluluskan secara sebulat suara.

“Kanun ini dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan syariat Islam secara menyeluruh tanpa pengecualian terhadap bukan Islam,” katanya.




Bukan Islam di wilayah itu juga boleh dikenakan hukuman berikutan rang undang-undang membenarkan hukuman sebatan sebanyak 100 kali ke atas pesalah homoseksual diluluskan.

Perkara itu mendapat persetujuan sebulat suara Ahli Parlimen Aceh.

Undang-undang terbabit menggariskan perbuatan liwat antara lelaki dan ‘persentuhan badan antara wanita untuk rangsangan seks’ merupakan satu kesalahan dan bakal berhadapan dengan hukuman sebatan.
Previous Post Next Post