Corat-Coret Konsert #AF2014: Ewal & Firman Curi Tumpuan



Konsert ketiga #AF2014 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyaksikan Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan sebagai pelajar kedua tersingkir.

Dengan penyingkiran tersebut, kini tinggal 10 orang pelajar yang akan meneruskan perjuangan untuk merebut gelaran juara.






Mereka ialah Ewal, Azwan, Firman, Aman, Zarif, Muna, Nina, Nuha, Ziha dan Adel.

Namun sebelum tiba nya waktu penyingkiran, secara keseluruhannya terdapat dua orang pelajar yang berjaya mencuri tumpuan serta menambat hati para juri.

Sehubungan dengan itu, Astro Gempak ingin berkongsi kejadian atau cerita menarik yang berlaku sepanjang konsert tersebut berlangsung:

1. Tempat parking kereta di Wisma MBSA penuh sehingga ada yang terpaksa parking di luar. (Ha Baru konsert ketiga, belum konsert akhir lagi)

2. Kehadiran Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai juri jemputan turut memeriahkan lagi konsert #AF2014

3. Pembukaan konsert dengan persembahan bekas-bekas juara AF seperti Mawi, Zahid, Faizul, Mila dan Hazama telah menghangatkan Auditorium.

4. Pelajar yang tersingkir di minggu pertama, Wawa turut hadir memberi sokongan terhadap rakan-rakannya. Wawa tetap hadir dengan memakai 'headband'.

5. Nampaknya aura 'Tsumawi' yang suatu ketika duhulu merupakan pencetus fenomena di AF3 masih lagi terasa apabila penonton tidak henti-henti bersorak nama Mawi sebaik sahaja penyanyi itu muncul di pentas.

6. Paling seronok, apabila ada terdengar penonton menyuarakan keinginan supaya bekas-bekas juara AF kembali bertanding sesama mereka bagi menentukan siapa yang paling hebat.

7. Sesekali terdengar juga penonton berbisik untuk mendengar gabungan suara Mawi dan Hafiz.

8. Pelajar #AF2014 Ewal kelihatan semakin kacak dengan penampilan rambut barunya.

9. Semasa Adel meyampaikan lagu 'Jahat' nyanyian asal oleh Stacy, Zizan menari dengan begitu bersemangat sekali. (Mungkin para penonton di rumah tidak dapat melihat situasi ini)

10. Sewaktu Firman mempersembahkan lagu 'Relakan Jiwa', Datuk Aznil Hj Nawawi berdiri sambil bertepuk tangan.

11. Fad Bocey tersadung ketika menaiki tangga untuk ke pentas.




12. Semasa iklan ditayangkan (untuk penonton di rumah), Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil begitu ramah melayan peminat. Malah Pak Nil juga tidak putus-putus memberikan senyuman.

13. Peminat kelihatan begitu selesa bergurau dan mengusik Pak Nil.

14. Pelakon adik -beradik Emma dan Cha Cha Maembong turut hadir memberi sokongan.

15. Komen Dato' Ramli MS semasa persembahan Muna mengenai audio telah menjadi bahan usikan Zizan.

16. Sebaik sahaja Zizan menyebut "Shah Alam" secara spontan dibalas oleh penonton dengan "Peace Yo". (Heh, penangan Dato' Ac nampaknya hihihi).

17. Sewaktu persembahan Aman, Datuk Aznil turut sama menyanyikan lagu "Hanya Kau Yang Mampu" dengan gayanya yang tersendiri.

18. Semasa iklan ditayangkan, Zizan yang masih berada di pentas memberikan kata-kata semangat buat Aman yang kelihatan agak sediah selepas mendapat kritikan.

19. Kehadiran Izzue Islam di konsert ketiga #AF2014 telah mencairkan hati peminat yang rata-ratanya memuji kekacakkan aktor tersebut.

20. Ziha kelihatan malu-malu berdepan dengan Izzue yang juga nemrupakan aktor kesukaannya.

21. Peminat Firman semakin bertambah untuk minggu ketiga.

22. Pelajar yang tersingkir, Farez tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu tenaga pengajar dan terus mengalirkan air mata.

Facebook Akademi Fantasia: https://www.facebook.com/akademifantasiamy
Previous Post Next Post