Mohd Ridhuan Tee dilarang masuk Sarawak



Ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak.




Bernama difahamkan Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada jam 8 malam ini. Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.

Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Mohd Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."



Previous Post Next Post