Wawa Zainal perkenal jenama sendiri



PENGLIBATAN artis tempatan dalam bidang perniagaan bukan lagi perkara baharu malah kebanyakan daripada mereka menjadikan bidang ini sebagai platform lain untuk menjana pendapatan.

Begitu juga dengan pelakon cantik,Wawa Zainal, yang turut menceburkan diri dalam perniagaan pakaian.

Menurut isteri kepada pelakon, Aeril Zafriel ini, dia kini sedang aktif dalam memperkenalkan jenama pakaian sendiri iaitu, WA (wawaeril).




“Sepanjang penghujung tahun ini, saya tak terlibat dalam penggambaran dan hanya fokus pada bisnes pakaian online yang saya dan Aeril tengah usahakan kini.

“Alhamdulillah, walaupun baharu sahaja beberapa hari diperkenalkan, sambutan yang diterima amat luar biasa.

“Insya-ALLAH, tahun hadapan, saya akan memperkenalkan jenama produk kecantikan sendiri pula,” kata ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar ini.

Ditanya mengenai produk kecantikan itu, Wawa memberitahu produk jenama, Echo, itu dirumus khas untuk mereka yang mementingkan kecantikan luar dalam.

“Tujuan saya memperkenalkan produk anti penuaan itu adalah untuk berkongsi dengan orang lain cara saya menjaga kecantikan.

“Penyuburan dan pembinaan semula sel-sel dalam tubuh badan secara alami termasuk pengaliran darah yang lebih konsisten dapat memberi keampuhan kesihatan yang berpanjangan dan melambatkan penuaan sistem tubuh badan kita.

“Bila dalaman kita terjaga, Insya-ALLAH luaran atau zahir kita memberi kesan yang serupa,” katanya yang masih lagi menerima tawaran lakonan selepas ini.



Previous Post Next Post