Eira, suami nafi terlibat lesap duti pelabur



BUKAN sekali pasangan ini dikaitkan dengan cerita kurang enak membabitkan wang.

Kali ini, Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin pantas memberi maklum balas menjelaskan kedudukan mereka dalam perniagaan Rania Marketing Sdn Bhd.

Terdahulu, Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.




“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya dipetik sebagai berkata dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurut Eira, dia dan Azad selaku ketua untuk perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu terpaksa bertindak sedemikian untuk menjaga kepentingan orang bawahannya.

“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.

Difahamkan bahawa Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani.



Previous Post Next Post