Aina tak putus asa #MentorLegend



SEJAK awal lagi pembabitannya menerusi program realiti Mentor Legend telah mengundang kontroversi apabila kelayakannya menyertai pertandingan itu dipertikaikan.

Sebelum menyertai rancangan itu, Aina pernah membuat beberapa pencapaian yang membanggakan dalam bidang nyanyian dan dikatakan telah menghasilkan sebuah album.

Enggan menoleh ke belakang, protoge ratu rock negara, Ella ini bagaimana pun terus positif dalam mengembangkan lagi bakatnya.



“Secara jujurnya, kontroversi itu sedikit pun tidak melemahkan semangat saya.

“Walaupun saya masih baru, tapi secara tidak langsung ia beri kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini.

“Alhamdulillah, memenangi tempat kedua sudah buat saya gembira dan platform yang ada ini saya akan gunakan dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini mengakui rezeki bidang nyanyian sebelum ini belum menyebelahinya dan itu faktor utama dirinya mengambil keputusan untuk menyertai Mentor Legend.

“Jadi tidak salah kalau saya gunakan peluang yang lain dengan sertai program ini untuk kembangkan lagi bakat yang ada.

“Lagi pun saya masih banyak kekurangan dan perkongsian ilmu bersama mentor banyak mengubah diri saya menjadi yang lebih baik.

“Kalau saya masih di takuk lama, mungkin saya tidak ke mana,” katanya.

Previous Post Next Post