Hafiz Suip Perlu Jalani Rawatan Fisioterapi Selama Setahun Akibat Sakit Tulang Belakang



Masih anda ingat lagi bahawa penyanyi ini terpaksa dikejarkan ke hospital bulan lalu kerana mengalami masalah tulang belakang? Kini nampaknya Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.





Hafiz berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

“Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang”

“Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Hafiz, kesakitan yang dialami sebelum ini memang teruk dan kini beransur pulih malah turut memberitahu bahawa turut kembali aktif mengambil undangan nyanyian.

Previous Post Next Post