Tomok, Isteri Namakan Anak Kedua Andrashah Iman



Baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka, hari ini, Tomok telah mengumumkan nama anak lelaki kedua meraka iaitu Andrashah Iman. Anaknya itu selamat dilahirkan secara normal seberat 3.33 kilogram pada jam 1.34 tengah hari semalam di Pusat Perubatan Prince Court.





Tomok berkongsi berita tersebut melalui akaun Instagram miliknya dan menerima ucapan tahniah yang tidak henti-henti daripada peminat. Malah ada juga peminat yang cukup geram melihat anak kedua Tomok ini kerana yang disifatkan sebagai gebu dan tembam.

Tomok dan Siti Rahayu berkahwin pada 1 Julai 2011 di Dewan AU2, Keramat dan mempunyai seorang cahaya mata comel bernama Arrianshah Akid.

Previous Post Next Post