Bergambar Dedah Coli, Diana Danielle Berani Mati


Nama pelakon Diana Danielle menjadi panas pagi ini gara-gara foto berani matinya yang terpampang di majalah Esquire Malaysia.

Foto seksi Diana mula menjadi viral dan perkongsian di laman-laman sosial selepas blog kami menyiarkan tentang berita tersebut.

Diana tampil seksi dengan sehelai bendera negara Amerika Syarikat membaluti tubuhnya yang hanya mengenakan coli berwarna hitam dan seluar hitam.

Menerusi laporan blog tersebut, dalam keluaran terbaru Esquire Malaysia, Diana banyak bercerita mengenai karier dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.



Berikutan itu, Artis Meletop cuba untuk mendapatkan komen daripada Diana Danielle mengenai perkara tersebut tetapi gagal.

Pengurus Diana, Fadzil Zahari juga tidak memberikan sebarang reaksi ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada petang Isnin.

Sementara itu Diana ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya yang tertera tulisan "Freedom is being you, without anyone's permission" pada 14 jam yang lalu.

Mungkinkah gambar tersebut dimuatnaik Diana selepas mengetahui foto seksinya diviralkan?

Previous Post Next Post