Justin Bieber jadi pengasuh budak



JUSTIN gembira menghabiskan masa bersama Mason yang merupakan anak kepada pasangan Scott Disick dan Kourtney Kardashian.

BINTANG pop remaja, Justin Bieber bukan sahaja bergelar selebriti terkenal Hollywood malah penyanyi itu turut bekerja sebagai penjaga kanak-kanak buat keluarga Kardashian.

Hal itu menjadi topik bualan hangat di laman Instagram apabila, Kris Jenner memuat naik sekeping gambar Bieber dengan kapsyen bertulis: “Hari berenang bersama keluarga! Penjaga kanak-kanak terbaik di dunia.

Gambar itu dimuat naik Kris sewaktu Justin, 21, menghabiskan masa bersantai di kediaman keluarga Kourtney dan bermesra dengan anaknya, Mason Disick.


Bieber dilihat gembira mendukung Mason dan tidak kekok melayan kerenah anak kecil berkenaan.

Keakraban hubungan Bieber dan keluarga Kardashian mula terjalin sejak adik Kourtney, Khloé membeli sebuah kediaman berhampiran dengan kediaman penyanyi itu.

“Dia merupakan kawan lama keluarga kami dan gemar melakukan aktiviti bersama,” turut Khloé popular menerusi rancangan realiti Keeping Up With The Kardashian.

Selain itu, Bieber turut dikhabarkan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Kendell Jenner yang juga anggota keluarga berkenaan, setelah kedua-dua mereka sering dilihat berparti bersama.

Previous Post Next Post