Tasha Shilla Akui Sudah Putus Cinta



Nampaknya impian pasangan ini untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat seperti dirancang awal tahun ini tidak menjadi kenyataan selepas Tasha Shilla sendiri mengakui yang beliau sudah putus cinta dengan kekasihnya, Hans.

Jawapan Tasha Shilla ini menjadi penamat kepada spekulasi yang bermula awal bulan ini tentang hubungan mereka yang sudah berakhir selain ianya berpunca dari orang ketiga yang campur tangan dalam perhubungan mereka.

“Kami dah tiada apa-apa hubungan, sebelum ini pun kami berkawan rapat saya anggap ini adalah suratan takdir dan masing-masing telah pun buat haluan sendiri”


“Kalau perpisahan kami disebabkan oleh orang ketiga, hal itu saya saya enggan komen dan tidak mahu mengulas lanjut,” ujar Tasha Shilla kepada HLIVE! semalam.

Selain mengakui yang sudah sebulan mereka tidak bersama sebagai pasangan kekasih, Tasha Shilla juga menganggap perpisahan ini sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Previous Post Next Post