Hubungan Bersama Aiman Semakin Baik, Fathia Tidak Akan Rahsiakan Perkahwinan



Sebelum ini, hubungan cinta antara Nur Fathia dan juga Aiman Hakim pernah terputus di tengah jalan dan melalui Harian Metro hari ini, Fathia mengakui sikap cepat merajuknya antara punca hubungan mereka terhenti sementara.

“Memang kami pernah putus Februari lalu, tetapi akhirnya hubungan itu bertaut semula baru-baru ini. Maklumlah, saya ini memang jenis kuat merajuk dan kalau bergaduh tu mesti minta dipujuk. Mungkin dulu kami sama-sama sibuk dengan karier seni dan jarang berjumpa”

“Tetapi sekarang kami berusaha meluangkan lebih banyak masa bersama serta hubungan juga semakin baik,” katanya yang turut berharap agar hubungan cinta mereka itu mampu membawa kepada langkah seterusnya iaitu perkahwinan.


Sementara itu, Fathia menjelaskan hubungan mereka diresuti kedua ibu bapa namun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinan kerana sebagai seorang wanita Melayu yang kaya dan adat budaya Timur, tidak manis bagi pihaknya bercerita lebih. Okay.

“Apa pun, soal jodoh ini ketentuan Tuhan. Insya-Allah saya tidak akan merahsiakan hari bersejarah kami daripada media dan peminat, apabila tiba masanya,” jelas Fathia.

Previous Post Next Post