Ozlynn Juga Penasihat & Pemerhati Kerjaya Johan



Ketika ini kedengaran khabar angin mengatakan bahawa Johan telah dikongkong isterinya malah ada yang mendakwa bahawa segala tindak-tanduk dan keputusan yang hendak dibuat oleh pelawak itu perlu disaring oleh isterinya, Ozlynn Wati terlebih dahulu.

“Bagi saya, tidak timbul soal saya mengongkong Johan kerana apa yang saya buat adalah untuk kebaikan Johan juga. Kebetulan saya terlebih dahulu menceburi bidang ini berbanding Johan yang kerjaya seninya baru bermula sekitar 2007”


“Sepanjang tempoh itu juga, dah banyak pengalaman yang saya lalui dan apa yang saya lalui dulu itulah yang saya jadikan panduan untuk membantu kerjaya seni Johan pula,” ujar Ozlynn yang juga merupakan pelakon dan juga model sebelum ini.

Selain itu, Ozlynn juga mengakui bahawa dia banyak menasihati Johan mengenai tawaran pekerjaan yang datang kepada pelawak tersebut dan dalam masa yang sama turut memastikan Johan sentiasa mengikut jadualnya kerana pelawak itu terlalu sibuk ketika ini.

Previous Post Next Post