Sam Bunkface, Aida Pilih Pulau Di Thailand Sebagai Destinasi Bulan Madu



Baru sahaja selesai majlis nikah pada pagi tadi, majlis resepsi bagi pihak Sam Bunkface juga turut berlangsung di Dewan Sapura Building, The Mines, Seri Kembangan yang dihadiri dengan keluarga terdekat dan sahabat handai.

Pagi tadi juga, pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid al-Islam Serdang Raya, Ustaz Mohd Ramizi. Dalam majlis perkahwinan ini, pihak pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan.


Sementara itu, Aida menerima hantaran mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah serta sepasang set telekung. Hantaran kepada pihak lelaki pula dibalas dengan sebentuk cincin, senaskah al-Quran dan sehelai sejadah.

Menurut Berita Harian, pasangan ini memilih Koh Tao, Thailand sebagai lokasi bulan madu kerana mereka sememangnya gemar melancong dan begitu mencintai suasana pantai dan bakal bercuti di sana selama lima hari.

Previous Post Next Post