Siti Nurhaliza: Tun tidak keseorangan…



Terkesan dengan tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang menyatakan bahawa beliau kini keseorangan, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hari ini tampil menyatakan ‘kebersamaan’.

Siti dalam laman Instagramnya berkata, beliau akan sentiasa bersama pemimpin itu kerana telah banyak mencurah tenaga dan idea dalam membangunkan negara.


“'Love u Tun' dan sentiasa bersama Tun.. Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi,” tulisnya dalam laman Instagramnya.

Menulis lanjut, Siti menegaskan bahawa: "..kita bukan siapa-siapa, kalau tanpa orang yang lebih tua."

“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua, #sayaanakMalaysia#sebak,” tulisnya dengan penuh maksud mendalam.

Tun Mahathir baru-baru ini dalam catatan terbaru di blognya chedet.com menulis bahawa beliau kini keseorangan ketika membangkitkan mengenai perihal perkembangan politik yang berlaku di tanah air sekarang.

Previous Post Next Post