Tasha Shilla Serah Pada Polis Siasat Kes Foto Bogel



Tasha Shilla mengakui membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa miliknya pada 9 Jun lalu.

Pelakon Tasha Shilla menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat berhubung penyebaran gambar separuh bogel yang dipercayai miliknya baru-baru ini.

Tasha, 28, berkata, dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka selepas membuat laporan polis pada 9 Jun lalu.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan dan biarlah pihak polis yang melakukan siasatan memandangkan ia sudah menjadi kes jenayah.

"Mungkin saya banyak berdiam diri sebelum ini tetapi sebenarnya saya berjuang dalam diam.

"Saya tidak perlu kongsi dengan masyarakat kerana ia adalah privasi dan biarlah hanya saya yang tahu," katanya.


Tasha ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran AirAsia di Hotel Hilton di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Tasha mengakui kecewa dengan kes berkenaan kerana ia menjatuhkan maruahnya sebagai wanita.

Bagaimanapun kata Tasha, dia tabah mengharungi dugaan berkenaan dan menganggap ia sebagai ujian Allah.

"Kecewa sebab ada pihak hendak jatuhkan maruah saya tetapi ia tidak melemahkan semangat saya kerana ini adalah ujian daripada-Nya.

"Sebagai umat Islam berdoa adalah senjata penting untuk saya sekarang," katanya yang tetap enggan mendedahkan butiran tentang laporan dibuat.

Tambah aktres itu, dia juga tidak mengendahkan presepsi masyarakat tentang isu berkenaan kerana tidak dapat memuaskan hati semua orang lain.

"Bak kata pepatah 'tak mati dek keji, tak hidup dek puji' jadi terpulang kepada orang hendak kata apa.

"Paling penting keluarga ada di sisi dan perkara ini menguatkan lagi hubungan kami sekeluarga," ujarnya.

Previous Post Next Post