Sunye belum bersara


MESKIPUN tidak lagi menganggotai Wonder Girls, Sunye akan terus kekal aktif dalam industri hiburan Korea Selatan.

Malah, pelantun lagu Be My Baby itu tidak pernah berniat untuk terus bersara selepas keluar daripada kumpulan popular terbabit.

"Ramai yang berfikir aku akan bersara selepas ini. Tapi, itu tidak benar sama sekali.


"Jika saya ada peluang yang bagus, saya akan kembali," katanya.

Pada masa sama, Sunye juga menyimpan impian untuk beraksi semula dengan Wonder Girls di atas pentas.

"Semua ahli Wonder Girls adalah kawan rapat saya. Kalau ada kesempatan saya ingin berada sepentas bersama mereka," katanya.

Previous Post Next Post