Han Groo Umum Bakal Berkahwin November Depan


AKTRES Han Groo mengumumkan bakal berkahwin pada November ini.

Menurut laporan Soompi, Han Groo, 23, mendedahkan menerusi akaun Instagram bahawa kekasihnya itu sembilan tahun lebih tua darinya, namun lelaki itu bukan daripada kalangan selebriti.


"Bangun saja dari tidur saya mendapat panggilan mengenai pelbagai laporan mengenai khabar angin yang saya bakal berkahwin.

"Justeru itu saya membuat keputusan mengumumkan perkara ini sendiri. Saya bakal berkahwin dengan kekasih saya November ini. Kami menjalinkan hubungan sejak tahun lalu," katanya.

Tambah Han Groo, walaupun dia masih lagi muda, dia yakin dengan keputusan yang dibuat dan masih mengutamakan kerja meskipun sudah berkeluarga nanti.

Difahamkan aktres itu dan kekasihnya akan mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »