Adele menyanyi di hari jadi Kate Middleton


Pada 9 Januari 2016, usia Kate Middleton akan bertambah setahun lagi. Menurut gosip yang tersebar luas, isteri kepada Putera William itu bakal mengadakan majlis sambutan hari jadi sempena ulang tahunnya yang ke-34 nanti.

Majlis hari jadi yang akan diadakan di kediaman Kate di Norfolk, Amner Hall itu khabarnya akan dijayakan secara besar-besaran.


Ini kerana, penyanyi bersuara emas iaitu Adele bakal menjadi penyanyi yang akan menghiburkan tetamu pada majlis itu nanti.

“Kate merupakan peminat Adele sejak penyanyi itu muncul dengan album pertama lagi. Dia telah meminta pembantunya untuk menghubungi syarikat pengurusan Adele untuk menyanyi di hadapan tetamu-tetamunya nanti,” ujar seorang sumber.

Pada masa sama, Adele juga dikatakan berasa teruja dipanggil untuk menjayakan persembahan di kediaman Kate itu nanti.

Previous Post Next Post