Aziz Desa kembali ke Rahmatullah


Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan pengacara TV3, Aziz Desa, 50, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi tadi, lapor BH Online.

Melalui laporan itu, berita tersebut disahkan sendiri adik kandungnya, Azri Desa.


Sebelum ini Allahyarham dilaporkan terlantar di hospital akibat menderita masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azid pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) selama empat bulan pada 2012 sebelum meninggalkan pusat itu antaranya atas faktor kesihatan.

Al-Fatihah.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »