Nabila Huda Selamat Bergelar Isteri Mohd Izwan


Mohd Izwan dan Nabila Huda sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz.

Pelakon Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd Izwan Johar dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi pada Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah di sini dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapanya Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search, 57, disaksikan oleh jurunikah Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah, Shah Alam Khairuddin Haiyon.



Keisha kelihatan ceria pada hari pernikahan ibunya, Nabila.

Mohd Izwan, 32 menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis sama, Nabila, 31, turut memberi tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki.

Sementara itu Nabila ketika ditemui bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar dan berharap perkahwinan keduanya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Previous Post Next Post