Mark Salling ditahan miliki bahan lucah kanak-kanak


PELAKON yang sebelum ini popular dengan drama muzikal 'Glee', Mark Salling ditahan kerana miliki bahan lucah kanak-kanak, semalam.

Menurut laporan Washington Post, Mark, 33 ditahan selepas polis Los Angeles memperolehi waran untuk menggeledah rumah aktor tersebut yang terletak di Sunland, California.


Hasil siasatan polis mendapati Mark menyimpan beratus-ratus foto lucah melibatkan kanak-kanak di dalam komputer miliknya.

Pihak polis menetapkan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM85,811) terhadap aktor berkenaan.

Mark sebelum ini pernah disaman dan terpaksa membayar AS$2.7 juta (RM11.5 juta) kepada bekas teman wanita, Roxanne Gorzela atas dakwaan serangan seksual.

Previous Post Next Post