Aeril Zafrel: Filem Tidak Kaitan Dengan LGBT


Tidak mudah melatah dengan tohmahan dan juga kritikan daripada orang ramai mengenai gambar yang dimuatnaik di Instagram baru-baru ini, Aeril Zafrel menjelaskan bahawa filemnya itu adalah projek terbaharu yang juga filem kedua arahannya.

“Tidak dinafikan, saya memuat naik gambar poster berkenaan dan menurunkan ia selepas tiga jam. Saya berbuat sedemikian kerana ia adalah sebahagian dari kajian mengenai pandangan orang mengenai filem ini”


“Saya ingin lihat sama ada orang sedar dengan kapsyen gambar yang saya muat naik atau hanya membuat penilaian daripada gambar sahaja. Bagaimanapun saya tidak marah atau melatah dengan semua komen yang ditinggalkan kerana itu adalah pandangan mereka dan saya hormati apa yang mereka katakan”

“Filem ini berkaitan ilusi optikal; di mana apa yang kita lihat tidak semestinya kita nampak. “Ia tidak ada kena mengena langsung dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender),” jelasnya kepada Sinar Harian Online.

Tambahnya, filem tersebut belum lagi memulakan penggambaran malah skrip filem berkenaan masih lagi berada dalam proses rombakan.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »