Eina Azman lahir bayi kembar


Eina Azman dan suaminya, Kaiser Gurmeet pada majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.
PENANTIAN pelakon, Datin Paduka Eina Azman, bagi menimang cahaya mata tercapai apabila dia selamat melahirkan bayi pertamanya semalam.

Suami Eina, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat dengan memuat naik status dan gambar pasangannya itu sedang berbaring di atas katil hospital.

Lebih menggembirakan, kedua pasangan terbabit turut dikurniakan bayi kembar namun status jantina cahaya mata selebriti terbabit masih belum didedahkan kepada umum.


Selain itu, Kaiser turut memaklumkan bahawa Eina berada dalam keadaan selamat dan pasangan bayi mereka turut berada dalam keadaan sihat.

“ Hari ini perjalanan hidup saya sebagai suami bertukar menjadi ayah. Ini hadiah yang terbaik, cinta hidup saya telah melahirkan bayi kembar kami.

"Saya berbesar hati memberitahu isteri saya selamat dan anak pasangan kembar kami juga berada dalam keadaan sihat. Terima kasih semua di atas doa dan ucapan,” tulisnya di Instagram.

Previous Post Next Post