Emma Watson pilih kekasih tua


EMMA WATSON dan Mack.

Dikenali sebagai pelakon terkenal dan pintar, ternyata selera Emma Watson terhadap lelaki juga bukan calang-calang. Jika kebanyakan rakan seangkatannya sibuk menjalin hubungan cinta dengan lelaki seusia, bintang filem Harry Potter itu melakukan tindakan sebaliknya.

Dia yang baru berusia 25 tahun dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki yang berusia 10 tahun lebih tua daripadanya. Lelaki bertuah berusia 35 tahun itu merupakan seorang usahawan dalam bidang teknologi, William Mack Knight.


Hubungan intim mereka mula dihidu sejak Oktober tahun lalu. Mula menjalin hubungan serius sejak empat bulan lalu, Watson dikatakan menyukai sikap sederhana dan baik hati lelaki yang mesra dipanggil Mack itu.

“Sebenarnya Watson memerlukan masa setahun selepas putus cinta untuk bersama lelaki lain. Dia terpaut dengan Mack kerana sikapnya yang merendah diri, baik hati dan bijak,” ujar satu sumber kepada The Sun.

Previous Post Next Post