Harimau Belang Mati Dirempuh MPV Di LPT 2


Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, awal pagi Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 1 pagi ketika harimau berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaluddin Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata pemandu dan tiga penumpang MPV berkenaan selamat.


Bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut.


Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT 2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar berkeliaran.



"Berwaspada dengan haiwan seperti rusa, tapir, babi dan binatang ternakan seperti kambing, lembu serta kerbau yang berkeliaran di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »