Kate Hudson diabai bapa


Kate Hudson

Pelakon Kate Hudson mendedahkan kekurangan yang dialami sewaktu zaman kanak-kanak apabila dia sebenarnya diabaikan oleh bapanya, Bill Hudson.

Selain dirinya, Hudson juga menyebut abangnya, Oliver Hudson turut mengalami nasib sama.


“Hubungan kami dengan bapa sewaktu kecil agak asing dan terasa seperti diabaikan. Secara jujurnya, saya tidak begitu mengenali bapa. Kami juga tidak mempunyai banyak kenangan bersama, cuma apa yang saya ingat, dia seorang yang kelakar,” dedah Hudson dalam program SiriusXM.

Terdahulu, Bill Hudson dalam satu kenyataannya mendedahkan hubungan dan anak-anak menjadi renggang selepas Kurt Russell muncul dalam kehidupan bekas isterinya, Goldie Hawn. Dia mendakwa Russell telah mengambil alih peranan ‘seorang bapa’, sekali gus membuat dirinya tidak dipedulikan anak-anak termasuk Hudson yang lebih akrab dengan pelakon itu.

Previous Post Next Post