Mojo Pertaruh Lagu Baharu Kelabu



Kumpulan Mojo kini menyusun langkah bagi tahun 2016 ini dengan mempertaruhkan lagu terbaharu mereka berjudul Kelabu ciptaan komposer dan juga ahli kumpulannya Edry Abdul Halim.

Menurut Edry, 40, lagu tersebut mengisahkan tentang seorang manusia yang tiada arah dalam kehidupannya.

"Lagu ini menggambarkan kisah seseorang manusia yang tiada motif dalam kehidupan di mana lama kelamaan kehidupannya menjadi kabur dan tidak tentu arah.

"Menerusi lirik-lirik lagu ini juga sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepada pendengar yang pernah mengalami perasaan sebegitu," ujarnya.

Tambahnya, lagu tersbeut dimuatkan dalam album Mojo berjudul Nada.


Kelabu juga sudah mendapat perhatian ramai apabila dijadikan lagu tema untuk sebuah drama bersiri di TV3 bertajuk Kifarah Mistik.

Kumpulan Mojo turut dianggotai oleh Ryan Brakhma (vokalis), Akhadiat Denny (gitaris) dan Johar Lucas (pemain dram).

Selain itu, pendengar boleh memuat turun lagu ini menerusi iTunes dan melalui mana-mana rangkaian ‘streaming platform’ secara langsung.

Para peminat MOJO boleh mengikuti perkembangan mereka melalui Facebook MOJO dan Instagram @thebandmojo.

Lagu Kelabu bakal dimainkan di stesen radio di seluruh Malaysia.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »