Hong Ki cedera



Anggota kumpulan FT Island, Lee Hong Ki ditimpa kemalangan pada 16 Disember lalu ketika memandu di jalan raya licin akibat diselaputi ais.

Akibatnya, Lee Hong Ki cedera di bahu dan mengalami luka di wajah manakala rakannya yang turut bersama Hong Ki mengalami kecederaan.

Susulan kemalangan itu, ramai peminat meluahkan rasa bimbang kerana Hong Ki juga terpaksa melepaskan beberapa tawaran acara persembahan termasuk program fesyen, Fashion Killa.




Minggu lalu, Hong Ki sempat merakamkan pesanan ringkas buat peminat-peminatnya serta meyakinkan mereka, dia berada dalam keadaan sihat dan dalam proses pemulihan.

Anda risau pasal saya. Saya minta maaf dan berterima kasih. Pembedahan berakhir dengan baik dan saya sedang pulih. Mereka yang menantikan Konsert Kingdom, saya minta maaf.

Saya akan gantikan semuanya dengan muzik saya. Dan juga Konsert Jelajah Asia yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2014 akan diteruskan seperti biasa,” katanya penuh semangat.
.
Previous Post Next Post