Mengandung anak ketiga tidak menghalang Lisdawati untuk terus aktif berlakon. Namun timbul kebimbangan di hati pelakon itu apabila sebaik kandungan mencecah lima bulan, nafsu makannya membuak-buak sehingga tidak boleh ditahan-tahan.
Sewaktu kita bertemu dengannya baru-baru ini, Lisdawati atau lebih manja dengan panggilan Lis berkongsi cerita, boleh dikatakan selang dua jam dia pasti mahu mengunyah dan kalau makanan itu sedap, dia menikmatinya berkali-kali.
Namun, kita lihat badannya kekal cantik.
Malah, walaupun kandungan mencecah lima bulan, tidak nampak besar sangat.
Tidak seperti wanita mengandung yang mengalami pertambahan berat badan, pasti perut dan badan mereka nampak besar.
Ini kita lihat pipinya masih cengkung.
Cerita Lis, mungkin orang tidak berapa perasan sebab dia sentiasa memakai baju besar, tetapi sewaktu membuat pemeriksaan berkala, doktor terkejut dengan perkembangan itu dan memintanya tidak terlalu mengikut nafsu apabila makan kerana takut penambahan berat badan akan menimbulkan masalah kelak.
Kata kita, mungkin sebab dia mengandung anak lelaki, sebab itu nafsu makan bertambah apabila mengandung kali ini.
Sebabnya budak lelaki aktif, mesti dia kuat berlari dalam perut ibunya.
Jelas Lis, selepas memperoleh dua cahaya mata perempuan memang dia dan suami, Fauzi Nawawi mengharapkan anak lelaki, tetapi segala-galanya bergantung kepada takdir dan rezeki.
Lis turut menjelaskan, dia belum melihat jantina anak dalam kandungan.
Kalau membuat imbasan pun, dia mahu memastikan anaknya berkembang dengan baik dan tidak pernah meminta memperjelaskan jantinanya.
Masa kita tengok gaya dan wajah Lis masa itu, rasanya dia seperti mengandungkan anak lelaki.
Namun entahlah, kita hanya main teka saja, takut nanti apabila melahirkan, perempuan juga yang keluar.
Apa pun, dengan kehadiran orang baru, pasti rezeki Lis dan Fauzi akan bertambah murah.
Amin!