Raja Azmi Tanggung Suami? Cakaplah Apa Pun, Janji Bahagia



“Saya pun tak fahamlah…Dulu masa saya bersama bekas suami (Jailani Sidek) orang kata saya kikis duit dia, sekarang ni bila saya bersama Eddie, tup tup timbul pula dakwaan saya tanggung suami!

“Tapi itulah…apa nak buat, mulut orang kita tak boleh nak tutup…Biarlah mereka kata apa yang mereka nak, saya tetap hidup bahagia.

Cuma saya terkilan dengan kenyataan tersebut kerana bimbang ia akan mengguris hati suami,” kata penerbit filem kontroversi, mengenai dakwaan dia menanggung perbelanjaan suaminya, Mohd Eddie Ghazali.

Raja Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mi turut menambah, dia tidak kisah dengan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Biarlah apa orang nak kata, bagi saya pada usia yang sebegini duit bukan lagi kepentingan…Saya cuma mahu kehidupan yang bahagia.




“Saya bahagia bersama Eddie, biarpun tidak dilimpahi kemewahan seperti dahulu, ” ujarnya ketika ditemui pada petang Rabu.

Selain itu, Raja Azmi juga mengakui sedang mencuba untuk menjadi isteri mithali.

“Alhamdulillah, saya mendapat peluang kedua… Perkahwinan pertama saya gagal dan apabila saya mendapat peluang kedua kali ini, saya akan cuba yang terbaik,” ujarnya.
Previous Post Next Post